Dalam banyak-banyak lens, aku rasa yang paling versatile sekali pernah aku guna mestilah 50mm. 50 mm atau nama lainnya prime lens menjadi pilihan utama kalau nak shoot gambar yang ber'bokeh-bokeh' (bokeh = blur). Dengan harga yang boleh dikategorikan paling murah dalam list lens yang ada, Prime lens ni dah jadi macam lens wajib selepas kit lens untuk semua org ada.
Teringat aku mula-mula pakai prime lens. Rasa macam nak buang je kit lens. Hehe. Dah taknak tanggal langsung. Memang best. Tapi bila sudah lama. Baru tahu ada disadvantagenya. Paling ketara kalau nak ambil gambar ramai orang. Kena pergi sangat jauh. Kalau indoor memang payah.
Apa-apa pun ini antara hasil 50mm aku yang aku rasa paling best pernah aku ambil. Berdasarkan pandangan mata aku lah. Hehe.
0 comments:
Post a Comment